Allahyarham Siti Zaharah sahabat dekat saya ketika kami dalam UMNO'

‘Allahyarham Siti Zaharah sahabat dekat saya ketika kami dalam UMNO’ – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

Menerusi catatan di media sosial beliau hari ini, Anwar turut menzahirkan rasa duka atas pemergian Siti Zaharah, selain mendoakan keluarga Allahyarham diberi kekuatan.

“Almarhum sahabat dekat saya sewaktu kami bersama dalam UMNO tatkala mengemudi sayap Wanita UMNO dan seorang pemimpin yang cekap, komited serta gigih dalam perjuangan.

“Saya turut berduka dan mendoakan keluarganya diberi kekuatan, selain diampunkan segala dosa serta diberi tempat terbaik di sisiNya,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Siti Zaharah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya, Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang pada jam 11.23 malam tadi. – BHNews

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *