MOSCOW – Tujuh askar Pakistan terbunuh dalam serangan bom kereta di bandar Lakki Marwat, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa pada Ahad, menurut perkhidmatan akhbar angkatan tentera Pakistan, lapor Sputnik.
“Pada 9 Jun 2024, satu bahan letupan buatan sendiri (IED) meletup pada kenderaan Pasukan Keselamatan di daerah Lakki Marwat.
“Akibatnya, Kapten Muhammad Faraz Ilyas, 26, bersama enam lagi anak watan yang berani … telah meninggal dunia,” kata perkhidmatan akhbar itu di X.
Pada 16 Mac, perkhidmatan akhbar itu melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh askar Pakistan, termasuk dua pegawai, terbunuh dalam serangan ke atas pos pasukan keselamatan di daerah Waziristan Utara di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan. -BERNAMA-SPUTNIK
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252