Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami

AMPANG – Seorang pensyarah wanita ditahan polis dipercayai untuk siasatan berhubung penyebaran video tidak senonoh melibatkan bekas suaminya, pada Khamis.

Difahamkan, penahanan pensyarah berusia 40-an itu dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa berusia lingkungan 60-an bergelar Datuk di Balai Polis Ampang, 28 April lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa.

Tambahnya, pensyarah terbabit dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya. – Sinar Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *