Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim

Kebebasan bersuara mesti disertai adab โ€“ Agong

SHAH ALAM โ€“ Kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina, mencaci atau menyemai kebencian, sebaliknya perlu diamalkan dengan adab dan tanggungjawab bagi memelihara keharmonian masyarakat.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, masyarakat perlu bersikap matang ketika menyampaikan pandangan, termasuk mempertahankan pendirian masing-masing tanpa merendahkan maruah orang lain.

Seri Paduka Baginda menegaskan, perbezaan pendapat bukan alasan untuk mencetuskan permusuhan atau perpecahan, sebaliknya setiap kritikan dan teguran perlu disampaikan secara membina serta berhemah.

โ€œJangan jadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci dan menjatuhkan maruah seseorang.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

โ€œBerbeza pandangan bukan alasan untuk bermusuhan. Kita boleh tidak bersetuju, tetapi nyatakan pandangan dengan bahasa yang baik dan beradab.

โ€œJika hendak mengkritik, sampaikan secara membina. Jika hendak menegur, maka tegurlah dengan penuh berhemah,โ€ titah baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.

Sultan Ibrahim turut menekankan kepentingan memupuk kecintaan terhadap negara melalui semangat perpaduan dan kehidupan bermasyarakat yang harmoni, dengan adab menjadi asas dalam setiap hubungan sesama rakyat.

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut Baginda, adab bukan sekadar mencerminkan kesopanan peribadi, malah menjadi unsur penting dalam membentuk maruah dan imej negara.

โ€œSesungguhnya, adab bukan sekadar bersopan santun, tetapi merupakan nadi yang membentuk maruah negara,โ€ titah Baginda.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan gambar dan video palsu yang bertujuan menghina atau memalukan individu tertentu.

Baginda bertitah, perkembangan teknologi digital dan media sosial sepatutnya dimanfaatkan secara bertanggungjawab, namun terdapat pihak yang menggunakannya untuk mencaci, memaki hamun serta menjatuhkan maruah orang lain.

โ€œAda pula yang menyalah guna teknologi kecerdasan buatan untuk menghasilkan gambar-gambar dan video palsu dengan niat untuk menghina dan memalukan seseorang.

โ€œIngatlah bahawa, di sebalik setiap nama dan wajah yang dibenci dan dicaci itu, ada insan yang mempunyai keluarga, maruah dan perasaan,โ€ titah Baginda.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sesuatu berita tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya.

Baginda mengingatkan, tindakan terburu-buru berkongsi maklumat yang belum disahkan bukan sahaja boleh mengundang salah faham, malah berisiko menjadikan seseorang penyebar fitnah dan kebencian.

Titah Seri Paduka Baginda itu mengingatkan masyarakat bahawa kebebasan bersuara perlu bergerak seiring dengan tanggungjawab, manakala kemajuan teknologi tidak seharusnya menghakis nilai kemanusiaan, adab dan rasa hormat sesama insan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *