Dua beranak sesat di hutan berhampiran Air Panas La Hulu Besut

JERTIH – Dua beranak dipercayai tersesat ketika mencari akar kayu di hutan berhampiran kawasan rekreasi Air Panas La (La Hot Spring), Hulu Besut, di sini sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, Adam Adnan, 25, dan bapanya, Adnan Mohamad, 57, masing-masing dari Kulim dan Alor Setar, Kedah, menginap di Desa Landak Chalet, Kampung Padang Landak, di sini sebelum keluar kira-kira 7 pagi Khamis lepas untuk mencari akar kayu di kawasan hutan berkenaan.

Beliau berkata, pada kira-kira 3.30 petang semalam, seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga memaklumkan mereka tersesat dan gagal menemui jalan keluar dari kawasan hutan itu.

“Kedua-dua lelaki berkenaan bagaimanapun tidak dapat dihubungi selepas panggilan tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan ahli keluarga terhadap keselamatan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, susulan laporan yang diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu penduduk kampung.

Menurut Mohd Rozaime, usaha mengesan kedua-dua lelaki itu diteruskan bagi membawa mereka keluar dari kawasan hutan berkenaan dengan selamat. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *