16 rumah musnah terbakar di Tawau

TAWAU – Sebanyak 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas di sini, semalam.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Moiley Milin berkata, panggilan kecemasan melalui NG999 diterima pada 9.31 malam sebelum 45 anggota bergegas ke lokasi kebakaran.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber daripada tangki jentera bomba, pili bomba berhampiran serta sumber air terbuka iaitu parit, dengan sebanyak 300 rumah berjaya diselamatkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan namun kebakaran berlaku pantas berikutan keadaan rumah yang rapat antara satu sama lain selain angin kuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam kejadian itu, katanya tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 3.25 pagi. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *