PUTRAJAYA – Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin diminta hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
Menurut makluman yang dikeluarkan kepada pihak media, beliau dijadual hadir pada jam 11 pagi di lobi Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Sebelum ini, Nazir mendedahkan kediamannya telah digeledah SPRM pada 30 September lalu dalam tindakan yang berlangsung selama kira-kira 12 jam.
Katanya, pegawai SPRM hadir ke kediamannya kira-kira jam 6.30 pagi dan berada di situ sehingga jam 6.30 petang.
Beliau mendakwa beberapa kenderaan termasuk kereta dan motosikal miliknya turut disita dalam tindakan berkenaan atas alasan terdapat penyelewengan dana YBR berjumlah RM10 juta.
Bagaimanapun, Nazir mempertikaikan tindakan serta kaedah penyitaan tersebut yang menurut pandangannya adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
