Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika pulang memancing

PASIR MAS – Kegembiraan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua menghabiskan masa memancing di kawasan bendang bertukar tragedi apabila dia maut disambar petir ketika dalam perjalanan pulang ke tempat motosikalnya diletakkan berhampiran Kampung Tasek Berangan, Repek, di sini, petang semalam.

Mangsa, Muhammad Ziad Zikri Abdul Hadi, 14, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang, meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang pulang bersama sepupunya, Mohd Haziq Qoyyum Rosli, 12, dan dua lagi rakan selepas menghabiskan masa memancing di kawasan bendang berkenaan.

Bapa mangsa, Abdul Hadi Abdul Ghani, 60, berkata, dia hanya mampu memangku tubuh anak bongsunya itu sebaik tiba di lokasi kejadian, namun ketika itu anaknya sudah tidak bernyawa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam keadaan pilu, beliau mengakui tidak sempat mengajar anaknya mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Saya tidak sempat mengajar anak mengucap kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita.

Abdul Hadi berkata, dia reda menerima pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu, meskipun kehilangan berkenaan amat berat untuk ditanggung oleh keluarga.

Sementara itu, Mohd Haziq berkata, ketika kejadian, mereka berempat sedang berjalan meninggalkan kawasan bendang menuju ke tempat motosikal diletakkan untuk pulang ke rumah selepas hujan semakin lebat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, Muhammad Ziad pada mulanya enggan pulang kerana masih seronok memancing, namun akhirnya bersetuju selepas diajak pulang sebanyak dua kali.

Katanya, mereka hampir tiba di tempat motosikal diletakkan apabila petir tiba-tiba menyambar mangsa yang ketika itu sedang membawa joran pancing.

“Kami hampir sampai di tempat parkir motosikal apabila tiba-tiba kilat menyambar arwah yang ketika itu membawa jorannya.

“Saya bersama dua lagi rakan yang berada di belakang arwah turut rebah sebaik sahaja kilat menyambar. Saya sempat melihat tubuh arwah berasap,” katanya.

Mohd Haziq berkata, dia kemudian tersedar dan bangun dalam keadaan terpinga-pinga sebelum menyedari sepupunya terbaring kaku di atas tanah.

Menyangka Muhammad Ziad hanya pengsan, dia bergegas pulang ke rumah untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, sebaik ahli keluarga tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati pelajar itu sudah meninggal dunia.

“Saya sangka arwah pengsan, tetapi apabila ahli keluarga lain tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkannya, arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Kejadian itu bukan sahaja meragut nyawa seorang remaja yang masih mempunyai perjalanan hidup panjang, malah meninggalkan kenangan pahit kepada sepupu dan rakan-rakannya yang berada berhampiran ketika sambaran petir berlaku.

Tragedi berkenaan turut menjadi peringatan kepada orang ramai, khususnya mereka yang melakukan aktiviti luar ketika cuaca tidak menentu, supaya segera mencari tempat perlindungan yang selamat apabila hujan lebat dan guruh mula kedengaran. Kawasan lapang seperti bendang serta lokasi berhampiran air boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya ketika ribut petir.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *