Convo Fest Satukan Keluarga dan Komuniti Teluk Kalong

KEMAMAN – Kesibukan bekerja dan menguruskan rumah tangga tidak menghalang pasangan Ahmad Fahmi Zuddin, 32, dan isterinya, Sharifah Nur Atiyah, meluangkan masa bersama dua anak mereka di Convo Fest UC TATI 2026.

Bagi pasangan itu, karnival yang berlangsung selama empat hari di Telok Kalong memberi pilihan untuk membawa anak-anak melakukan aktiviti bersama tanpa perlu menunggu cuti atau merancang perjalanan jauh.

Ahmad Fahmi berkata, kekangan masa dan komitmen kerja sering menyukarkan mereka mencari aktiviti yang sesuai untuk disertai seluruh keluarga.

“Faktor jarak dan masa komitmen kerja memberi kekangan untuk kami mencari aktiviti kekeluargaan yang kami semua boleh turut serta. Walaupun aktiviti ini mungkin dilihat ringkas, kami semua tetap gembira untuk turut sama menyertainya. Yang penting, anak-anak kami teruja untuk turut sama di sini,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Isterinya, Sharifah Nur Atiyah yang merupakan suri rumah sepenuh masa berkata, waktu penganjuran hingga malam juga memudahkannya membawa keluarga berkunjung selepas menyelesaikan urusan harian di rumah.

“Sebagai suri rumah sepenuh masa, saya lebih selesa untuk hadir pada waktu malam yang dilihat lebih santai berbanding pada siang hari apabila saya perlu seharian menguruskan urusan keluarga,” katanya.

Convo Fest UC TATI 2026 dianjurkan bersempena Majlis Konvokesyen ke-26 Kolej Universiti TATI (UC TATI), dengan pengisian merangkumi jualan makanan, produk tempatan, program keagamaan, motivasi dan keusahawanan.

Pengarah program, Kamrol Amri Mohamed berkata, penganjuran kali ini memberi lebih banyak ruang kepada masyarakat sekitar untuk menyertai aktiviti yang diadakan berbanding edisi terdahulu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, UC TATI mahu menjadikan sambutan konvokesyen bukan sahaja sebagai acara penting kepada graduan, malah peluang untuk mendekati penduduk yang tinggal berhampiran kampus itu.

UC TATI telah bertapak hampir 33 tahun di sini dan kami mengambil peluang sempena majlis konvokesyen untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan penduduk mahupun komuniti setempat, khususnya penduduk kampung berhampiran,” katanya yang juga Pengurus Jabatan Pengurusan Strategik dan Kualiti UC TATI.

Beliau berkata, karnival itu turut membuka peluang untuk memperkenalkan pendidikan tinggi kepada golongan muda, khususnya dari kawasan luar bandar, supaya mereka lebih mengenali pilihan pengajian dan bidang yang boleh diceburi selepas tamat persekolahan.

Majlis Konvokesyen ke-26 UC TATI melibatkan 380 graduan yang menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan, sains komputer, reka bentuk grafik dan pengurusan teknologi.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *