Polis nafi dakwaan anggota cedera ditikam Orang Asli di Bera

KUANTAN – Polis menafikan dakwaan seorang anggotanya cedera ditikam oleh Orang Asli ketika melaksanakan rondaan dan pemantauan keselamatan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar Tasik Bera dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dakwaan yang tular di platform TikTok sejak semalam adalah tidak benar dan tindakan tidak bertanggungjawab. 

“Penyebaran kandungan sebegini bukan sahaja berpotensi mendatangkan kegusaran awam bahkan boleh mencetuskan insiden keselamatan yang lebih besar serta menjadi tidak terkawal.

“Beberapa laporan polis diterima berkait isu tular berkenaan termasuk dari daerah lain. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sehubungan itu, Zulkiflee menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan tidak benar atau belum disahkan, khususnya yang berpotensi mencetuskan salah faham, kebencian serta persepsi negatif terhadap mana-mana individu atau komuniti. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *