JMWP seru penggiat seni sentiasa peka, utamakan nilai Islam, budaya tempatan dalam karya

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menyeru semua penggiat seni, penerbit dan stesen penyiaran agar sentiasa peka dengan menjadikan prinsip Islam serta nilai budaya tempatan sebagai rujukan utama dalam setiap karya yang diterbitkan.

Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil berkata industri seni dan platform media seharusnya dimanfaatkan sebagai medium untuk mendidik jiwa, membina sahsiah bangsa dan menyemai nilai-nilai murni.

“JMWP berpandangan penerapan unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama serta norma budaya tempatan, sama ada secara langsung atau tersirat, perlu dibendung segera.

“Karya yang dihasilkan hendaklah bertanggungjawab, tidak mencetuskan polemik serta tidak menjejaskan keharmonian dan akhlak masyarakat, khususnya generasi muda,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ahmad Fauwaz berkata JMWP mengambil maklum dan melahirkan rasa kesal terhadap penayangan drama Madu atau Racun yang telah menimbulkan keresahan dan kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata Islam meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap pemeliharaan kesucian akidah, institusi kekeluargaan dan tatasusila dalam kehidupan beragama. 

Menurut Ahmad Fauwaz, sebarang bentuk pemaparan gaya hidup, nilai atau naratif yang bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya ketimuran jelas bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah dalam memelihara agama, akal, maruah, keturunan dan harta.

“Kepada seluruh umat Islam di Wilayah Persekutuan, marilah kita bersama-sama mempertahankan kesucian agama, memelihara akhlak dan bijaksana dalam memilih tontonan agar pegangan akidah serta jati diri umat sentiasa terpelihara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Semoga Allah SWT memelihara negara kita daripada sebarang pengaruh yang boleh merosakkan nilai dan moral masyarakat,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan semalam berkata pihaknya menolak penayangan drama Madu atau Racun selain kesal dengan tindakan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan platform penstriman iQIYI semalam bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan drama Madu atau Racun.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib pula berkata platform penstriman iQIYI bersetuju menurunkan sementara enam episod drama berkenaan yang telah disiarkan manakala baki enam episod ditangguhkan bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula.

Madu atau Racun ialah sebuah siri drama televisyen 12 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd yang mula ditayangkan di platform penstriman iQIYI pada 14 Ogos lepas. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *