KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pelawaan kepada bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai semula parti itu.
“Ada orang jemput ke? Ada pelawaan? Saya tidak dimaklumkan,” kata Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas merasmikan Expo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan (NICE) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Selasa lepas, Mohamed Azmin yang kini Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan berkata beliau tidak akan sesekali kembali menyertai PKR meskipun terdapat pelawaan kepada bekas ahli parti itu untuk berbuat demikian.
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamarudin Jaffar dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman, dilaporkan dijangka menyertai semula PKR.
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Dr Xavier Jayakumar turut mengesahkan kembali menyertai parti itu. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
