Banjir Nepal: Sembilan Rakyat Korea Selatan Masih Gagal Dikesan

SEOUL – Sembilan rakyat Korea Selatan masih belum diketahui nasib mereka susulan banjir di Nepal, manakala kerajaan akan menghantar pasukan tindak balas pantas bersama ke lokasi kejadian pada Khamis bagi membantu usaha mencari dan menyelamat, menurut Kementerian Luar Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Sembilan rakyat Korea Selatan yang hilang itu terdiri daripada enam pekerja syarikat pembinaan loji Doosan Enerbility Co. dan tiga pekerja Korea South-East Power Co., sebuah syarikat penjanaan tenaga milik kerajaan.

Menurut kementerian itu, mereka sedang bekerja di sebuah loji hidroelektrik di daerah Rasuwa, Nepal ketika banjir berlaku pada Rabu.

Secara berasingan, 10 lagi rakyat Korea Selatan yang mempunyai kaitan dengan Doosan dan terkandas di kawasan itu disahkan selamat, namun masih menunggu untuk diselamatkan, menurut kementerian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mereka antara kira-kira 200 pekerja asing yang berpindah keluar dari kawasan itu ketika bekerja dalam projek pembinaan berkenaan.

Pasukan yang terdiri daripada pegawai Kementerian Luar, polis dan pihak bomba dijadual berlepas ke Nepal dan tiba di Kathmandu lewat Khamis, menurut kementerian.

Presiden Lee Jae Myung mengarahkan kerajaan menggembleng segala sumber yang ada bagi melaksanakan segala usaha mencari dan menyelamat rakyat Korea Selatan yang hilang.

“Presiden Lee turut mengarahkan kami bekerjasama rapat dengan kerajaan Nepal dan pihak berkuasa tempatan, membantu keluarga mereka yang masih belum diketahui nasib, memastikan keselamatan rakyat Korea Selatan yang masih berada di kawasan itu serta melakukan segala usaha bagi mengelakkan kematian dan kecederaan selanjutnya. 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Saya juga akan bercakap dengan Menteri Luar Nepal dan meminta kerjasama,” kata Menteri Luar Cho Hyun ketika mempengerusikan mesyuarat tindak balas kecemasan pada Rabu.

Doosan Enerbility dan Korea South-East Power turut menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan masing-masing dan sedang berusaha menghantar pasukan tindak balas ke lokasi kejadian, menurut pegawai.

Banjir kilat berlaku berhampiran sempadan Nepal-Tibet, meragut lebih 160 nyawa dan menyebabkan ratusan yang lain hilang, kebanyakannya warga asing, menurut laporan media. – YONHAP

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *