70 Lot Gerai “Rombengan” Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

TAWAU – Kira-kira 70 lot gerai kayu yang menjual pakaian terpakai atau rombengan dalam bahasa tempatan di Kampung Titingan di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.44 pagi dan seterusnya 16 anggota dengan empat jentera digerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan  bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada jentera bomba dan pili bomba dan kebakaran terkawal pada 5.23 pagi. Turut membantu operasi termasuk 10 anggota bomba komuniti.

“Sebanyak 350 rumah dan lot gerai berjaya diselamatkan daripada turut terbakar dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. Operasi ditamatkan pada 7.42 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jemishin berkata jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut pihaknya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *