10 individu ditahan bantu siasatan kes bunuh warga emas di Sandakan

SANDAKAN – Polis menahan 10 individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di sebuah rumah kayu dua tingkat di Jalan Leila, di sini pada 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd. Rakman berkata, semua individu berumur antara 10 hingga 39 tahun itu ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas mayat mangsa berusia 62 tahun ditemukan dalam keadaan mereput dalam tandas rumahnya.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai dengan tangan diikat menggunakan tali di belakang badan serta kepalanya ditutup dengan kain selepas polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai bau kurang menyenangkan pada jam 8.10 malam.

“Pemeriksaan berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan di tempat kejadian mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Soal siasat lanjut mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham mengenai upah mengubah suai rumah mangsa serta rasa tidak puas hati kerana mangsa menaikkan kadar sewa bulanan rumah yang didiami semua suspek,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, semua yang ditahan masing-masing lima lelaki dan lima wanita melibatkan tiga warga Filipina serta tujuh warga tempatan, dengan dua daripada mereka telah dikenal pasti sebagai suspek utama.

George berkata, polis turut merampas sebatang kayu dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu serta beberapa barangan peribadi milik mangsa yang dilarikan oleh suspek.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *