PDRM buka lima kertas siasatan kes tabung haji, 127 diambil keterangan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) membuka lima kertas siasatan berhubung kes melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk perkara yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata setakat ini, sebanyak 127 orang telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Beberapa orang lagi akan dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk saksi dari luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rusdi berkata PDRM komited memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus dan profesional serta berlandaskan undang-undang.

“Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Dalam pada itu, PDRM mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

PDRM turut menyeru orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan siasatan hanya daripada saluran rasmi bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak menjejaskan proses siasatan. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *