Tiga Maut, 21 Cedera: Letupan Di Kafe Pusat Bandar Raya Moscow

MOSCOW – Tiga orang maut manakala 21 lagi cedera dalam satu letupan berhampiran sebuah kafe musim panas di pusat bandar raya Moscow, lapor Agensi Berita Russia (TASS) memetik kenyataan Jawatankuasa Anti-Pengganas Kebangsaan (NAC).

Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa letupan berlaku kira-kira 8.10 malam (5.10 petang GMT) berhampiran kafe berkenaan berdekatan bangunan No. 1 di Dataran Kudrinskaya.

Menurut NAC, seorang wanita yang tidak dikenali cuba membawa peranti bahan letupan buatan  sendiri (IED) ke kawasan itu, namun dihalang oleh seorang pengawal keselamatan.

NAC mengesahkan tiga orang terkorban manakala 21 lagi mengalami pelbagai tahap kecederaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mangsa yang maut merangkumi wanita yang cuba membawa bahan letupan itu, pengawal keselamatan dan seorang pelanggan kafe.

Menurut pembantu Menteri Kesihatan, Alexey Kuznetsov, semua bantuan yang diperlukan sedang diberikan kepada mangsa yang cedera.

Jawatankuasa Siasatan memaklumkan bahawa pasukan penyiasat dan pakar kriminologi dari jawatankuasa itu kini berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. – TASS

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *