Final Piala Dunia berakhir dengan kekecohan

EAST RUTHERFORD – Final Piala Dunia dicemari insiden pergaduhan selepas Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 menerusi jaringan Ferran Torres pada masa tambahan untuk muncul juara.

Gol kemenangan Torres pada minit ke-106 hadir selepas Argentina terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan Enzo Fernandez dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-93 akibat terjahan keras ke atas pertahanan Sepanyol, Pau Cubarsi.

Ketegangan memuncak sejurus wisel penamat apabila pemain serta pegawai simpanan Sepanyol memasuki padang bagi meraikan kejayaan mereka sebelum tercetus pertengkaran membabitkan pemain kedua-dua pasukan.

Pemain tengah Argentina, Leandro Paredes, kemudian dibuang padang selepas didakwa meletakkan tangan pada Eric Garcia sebelum menolak Gavi hingga terjatuh. Thiago Almada turut terbabit dalam kekecohan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bekas pertahanan England, Micah Richards, menyifatkan tindakan pemain Argentina itu sebagai sesuatu yang memalukan.

“Ia memalukan. Mereka kelihatan hilang kawalan sepanjang perlawanan. Melihat insiden seperti ini selepas tamat permainan bukan sesuatu yang baik.

“Paredes lebih baik daripada itu. Semua orang tahu bagaimana rasanya tewas, namun tindakan seperti ini tidak boleh diterima,” katanya ketika menjadi penganalisis BBC.

Bekas penjaga gol England, Joe Hart, turut mengkritik insiden berkenaan sambil memuji kapten Argentina, Lionel Messi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Tingkah laku itu menjijikkan. Satu-satunya pemain yang menunjukkan kelas di atas padang ialah Lionel Messi,” katanya.

Bekas penyerang England, Wayne Rooney, pula berkata tindakan pemain Argentina tidak mengejutkannya.

“Kita pernah melihat perkara seperti ini daripada Argentina sebelum ini. Ia sesuatu yang menyedihkan.

“Jika anda tewas dalam perlawanan bola sepak, terimalah kekalahan dengan berhemah. Reaksi itu berlaku kerana mereka dikalahkan oleh pasukan yang lebih baik. Fernandez pula menerima hukuman yang sewajarnya,” katanya. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *