PAS Sedia Terima Calon UMNO sebagai MB Negeri Sembilan

Oleh Siti Khadijah Manudin

SEREMBAN PAS menyatakan kesediaannya menerima calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti berjaya dimuktamadkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kepimpinan Melayu-Islam perlu menjadi tunjang pentadbiran negeri demi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat.

Beliau turut memaklumkan, rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan UMNO sedang berlangsung dalam suasana yang positif.

Menurut beliau, PAS tidak meletakkan syarat supaya jawatan Menteri Besar disandang wakil parti itu, sebaliknya bersedia menyokong calon UMNO sekiranya gabungan tersebut memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan negeri.

Katanya, keutamaan adalah membentuk pentadbiran yang kukuh berasaskan kerjasama antara parti-parti Melayu-Islam.

Kenyataan itu hadir ketika spekulasi mengenai kerjasama politik antara PAS dan UMNO semakin hangat diperkatakan menjelang PRN Negeri Sembilan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kedua-dua parti mengesahkan rundingan sedang dijalankan, namun menegaskan keputusan muktamad hanya akan diumumkan selepas semua perbincangan dimeterai.

PRN Negeri Sembilan dijangka menjadi medan penting untuk menguji kekuatan gabungan parti-parti politik selepas keputusan Pilihan Raya Negeri Johor yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar.

Pemerhati politik berpendapat sebarang kerjasama rasmi antara PAS dan UMNO mampu mengubah corak persaingan di negeri tersebut.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *