Oleh Fatin Sajidah Fathuldin
KUALA LUMPUR β Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia sentiasa menolak mengambil sikap berkecuali atau neutral dalam perkara yang melibatkan hak asasi manusia sejagat serta kepentingan teras nasional, termasuk soal kedaulatan wilayah.
Beliau berkata, walaupun Malaysia mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkawan dengan semua pihak, negara tetap berpegang teguh kepada pendirian berprinsip tanpa memihak kepada propaganda kuasa besar.
βMalaysia tidak boleh kekal neutral dalam perkara yang melibatkan hak asasi asas, seperti perjuangan Palestin, atau dalam usaha menangani Islamofobia.
βBegitu juga dalam kepentingan teras nasional kita, termasuk kedaulatan wilayah, walaupun ia melibatkan rakan kongsi yang berkuasa seperti China dan AS (Amerika Syarikat)β katanya ketika menyampaikan ucaptama pada siaran langsung Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-39 hari ini.
Mengulas persaingan kuasa besar dunia, Anwar berkata negaranya bukan memilih pihak malah mengambil pendirian berprinsip mengekalkan hubungan baik dengan semua negara demi kepentingan nasional.
βKita akan terus memupuk persahabatan.
βMalaysia masih mencatatkan AS (Amerika Syarikat) sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan nombor satu, namun pada masa yang sama, kita kekal agresif dan terlibat secara lebih berkesan dengan China sebagai jiran ekonomi yang semakin berkembang dan penting buat kita,β ujar beliau.
π 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Anwar turut menegaskan Malaysia akan terus menyokong penyelesaian pertikaian secara aman selaras dengan undang-undang antarabangsa serta menolak penggunaan kekerasan atau paksaan.
βNorma-norma seperti kebebasan pelayaran, menghormati kedaulatan, dan pematuhan kepada kerangka undang-undang yang telah ditetapkan adalah sangat penting untuk keselamatan serantau dan global,β kata beliau.
Beliau berkata matlamat utama Malaysia adalah memastikan keamanan dan kemakmuran sentiasa berada di hadapan, sambil pada masa yang sama tetap melindungi keselamatan nasional negara.
Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di Nasional Daily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
