Bersatu Johor Yakin Terus Berkempen Tanpa Bantuan PAS

Oleh: Siti Khadijah Manudin

JOHOR BAHRU Bersatu Johor menegaskan parti itu mampu meneruskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun tanpa bantuan jentera PAS.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, keputusan PAS untuk tidak membantu kempen calon Bersatu tidak akan menjejaskan gerak kerja parti kerana Bersatu memiliki jentera, ahli dan penyokong sendiri yang bersedia menghadapi pilihan raya.

Menurut beliau, Bersatu menghormati pendirian PAS, namun yakin kekuatan jentera parti mampu menyampaikan mesej dan mendekati pengundi sepanjang tempoh berkempen.

Beliau turut menyatakan bahawa fokus utama parti ketika ini adalah memastikan semua calon dapat menjalankan kempen secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat di kawasan masing-masing.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan PAS untuk tidak membantu kempen calon Bersatu dalam PRN Johor, walaupun kedua-dua parti masih menggunakan logo Perikatan Nasional pada pilihan raya berkenaan.

Perkembangan tersebut berlaku selepas hubungan antara PAS dan Bersatu menjadi semakin tegang, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kerjasama kedua-dua parti dalam menghadapi pilihan raya negeri.

Bagaimanapun, kepimpinan Bersatu menegaskan bahawa parti itu tetap bersedia meneruskan kempen dan yakin dapat memberikan saingan walaupun tanpa sokongan jentera PAS.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *