Oleh NurFarhana Zulkeply
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kekuatan Barisan Nasional (BN) tidak terletak pada retorik semata-mata, sebaliknya pada rekod pencapaian, hasil kerja serta keupayaan membawa pembangunan yang dapat dirasai rakyat.
Menurut Pengerusi BN itu, semangat yang ditunjukkan oleh jentera dan penyokong BN di Johor membuktikan kesediaan mereka untuk terus bekerja demi memastikan negeri itu kekal maju dan makmur.
โSemangat yang saya lihat di bumi Johor Darul Taโzim hari ini sungguh luar biasa. Lautan biru memenuhi setiap ruang stadium.
โAda yang hadir lebih awal, ada yang setia berdiri sehingga majlis berakhir. Semuanya datang dengan satu tekad yang sama iaitu mahu melihat Johor terus maju dan makmur,โ katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook rasminya selepas menghadiri Pelancaran Jentera BN Johor, semalam.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, seluruh jentera parti perlu terus turun ke lapangan, menyantuni rakyat dan menjelaskan pelbagai inisiatif yang telah, sedang serta akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau menegaskan bahawa kekuatan BN terletak pada kemampuan parti untuk menyampaikan pembangunan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
โJusteru, saya menyeru seluruh jentera supaya turun ke lapangan, menyantuni rakyat dan menceritakan apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan demi masa depan Johor,โ katanya.
๐ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Ahmad Zahid turut menyifatkan Johor sebagai negeri yang mempunyai sejarah perjuangan besar dalam pembinaan negara dan yakin rakyat akan terus membuat pilihan berasaskan kestabilan serta kemajuan.
โJohor adalah bumi perjuangan yang telah banyak menyumbang kepada pembinaan negara. Atas sebab itu, saya percaya rakyat Johor akan terus membuat pilihan yang berasaskan kestabilan, kemajuan dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,โ katanya.
Beliau berkata, kesepakatan seluruh jentera parti yang disertai doa dan usaha berterusan akan menjadi faktor penting dalam membawa harapan serta keyakinan kepada rakyat.
โInsya-Allah, dengan kesepakatan seluruh jentera, doa yang tidak putus dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita akan terus melangkah ke hadapan membawa harapan dan keyakinan buat Bangsa Johor,โ katanya.
NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
