‘Rider’ kencing dilanggar kereta api

BANGKOK – Seorang penghantar makanan parah dilanggar kereta api ketika membuang air kecil di landasan berhampiran lokasi nahas antara tren dan sebuah bas di Thailand baru-baru ini, lapor laman berita Thaiger. 

Pasukan kecemasan bergegas ke Jalan Kampaengphet 7 berhampiran Hotel Mercure Bangkok Makkasan pada jam 11 pagi (waktu tempatan). 

Mangsa mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri apabila anggota penyelamat tiba di lokasi kejadian, lapor stesen penyiaran Amarin TV. 

Dia diberikan pertolongan cemas sebelum dibawa ke hospital berdekatan.

Seorang saksi memberitahu polis, penghantar makanan itu meletakkan motosikalnya sebelum membuang air kecil di sebelah landasan kereta api. 

“Mangsa mungkin tidak menyedari kereta api menghampirinya kerana dia memakai fon telinga dan topi keledar,” kata saksi. 

State Railway of Thailand (SRT) tampil menjelaskan, mangsa meletakkan motosikalnya di kawasan larangan, memanjat penghadang yang memisahkan jalan dan landasan kereta api untuk membuang air kecil.

SRT menegaskan, pemandu kereta api telah membunyikan hon, tetapi tidak dapat berhenti tepat pada masanya sehingga menyebabkan kemalangan. – AGENSI

 Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *