Oleh NurFarhana Zulkeply
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi USIM Holdings memperkukuh usaha memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU) dalam kerjasama strategik bersama Ibnu Ummi Maktum (UMMI) untuk pembangunan projek berasaskan komuniti.
Satu sesi perbincangan yang diadakan hari ini melibatkan kedua pihak bersama agensi berkaitan bagi meneroka potensi pelaksanaan projek yang memberi tumpuan kepada penglibatan aktif warga OKU USIM.
Perbincangan tersebut memberi fokus kepada usaha meningkatkan kemahiran, kebolehpasaran serta pembangunan sosioekonomi golongan berkenaan melalui pendekatan yang inklusif dan mampan.
Antara perkara utama dibincangkan termasuk pembangunan projek berasaskan tanaman nanas serta penghasilan produk hiliran, di samping membuka peluang latihan dan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara percuma kepada peserta.
Inisiatif ini turut menyediakan elaun kepada peserta serta menekankan penyediaan fasiliti mesra OKU bagi memastikan penyertaan yang lebih menyeluruh dan berkesan.
Kerjasama berkenaan mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam membangunkan inisiatif berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh masa depan sosioekonomi warga OKU di negara ini.
NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L