Sindiket Menyamar NSRC Perdaya Mangsa Scam Kali Kedua

Olahan Fatin Sajidah Fathuldin

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan dikesan mengubah taktik dengan memperdaya semula mangsa sedia ada melalui penyamaran sebagai wakil Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), kononnya bagi membantu mendapatkan kembali wang yang telah ditipu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kegiatan itu digerakkan menerusi iklan di Facebook sebelum suspek menghubungi mangsa secara terus melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa yang percaya kemudian membuat beberapa transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank berbeza seperti diarahkan sebelum diminta membuat bayaran tambahan tanpa sebarang pemulangan wang seperti dijanjikan,” katanya dipetik Berita Harian dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebanyak enam kes telah direkodkan bagi tempoh 2025 sehingga Mac 2026 yang melibatkan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM68,491.

Kes-kes berkenaan dilaporkan berlaku merentasi kontinjen Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu dengan majoriti mangsa terjerat dalam penipuan kali kedua.

Rusdi menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang boleh menjanjikan pemulangan wang mangsa penipuan dengan mudah, terutamanya jika disertakan dengan syarat bayaran pendahuluan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket.

Bagi tindakan segera, mangsa penipuan disaran menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau membuat laporan di balai polis berhampiran.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *