Ibu Harap Keadilan Buat Kes Kematian Wan Ahmad Faris

Oleh NurFarhana Zulkeply

KOTA BHARU – Ibu kepada Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman berharap prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Bharu esok dapat memberi keadilan terhadap kematian anaknya yang berlaku lebih sedekad lalu.

Wanita berusia 71 tahun itu berkata, pendengaran kes berkenaan bukan sekadar proses perundangan, malah menjadi harapan buat keluarga yang sekian lama menanti pembelaan. 

Menurutnya, tempoh panjang yang dilalui sejak kejadian itu memberi kesan emosi mendalam, namun keluarga tetap menaruh harapan agar kebenaran dapat ditegakkan. 

Kes kematian Wan Ahmad Faris sebelum ini mendapat perhatian apabila pelajar itu ditemukan meninggal dunia di asrama sebuah sekolah di Kok Lanas pada Disember 2013. 

Pendengaran kes di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dijangka menjadi perkembangan penting dalam usaha keluarga mendapatkan keadilan terhadap insiden berkenaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *