Dua Beradik Positif Dadah Lepas Pulang Songkran di Danok

Olahan NurFarhana Zulkeply

KUBANG PASU – Dua beradik termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan selepas didapati positif dadah ketika melalui pemeriksaan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 17 dan 21 tahun itu ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebaik pulang dari Danok, Thailand selepas menyertai pesta Songkran. 

Menurut salah seorang suspek, mereka ke sana sekadar untuk berhibur sebelum mendakwa diberikan rokok oleh individu tidak dikenali yang mengandungi bahan terlarang. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif beberapa jenis dadah termasuk methamphetamine, MDMA dan ketamin. 

Dalam pada itu, Pengarah AADK Kedah, Md. Razif Wan memaklumkan seramai 37 individu ditahan dalam operasi khas di sempadan sejak kelmarin, dengan 17 daripadanya didapati positif dadah. 

Katanya, kebanyakan suspek mengakui ke Danok untuk berhibur sempena pesta Songkran walaupun menyedari risiko pemeriksaan di sempadan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *