Olahan NurFarhana Zulkeply
KOTA BHARU –Seorang guru wanita direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai merempuh dua pelajar dalam kawasan sebuah sekolah sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut.
Suspek berusia 57 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis untuk proses permohonan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut polis, kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari semalam berlaku apabila kenderaan yang dipandu suspek dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua pelajar perempuan di hadapan surau sekolah.
Insiden itu mengakibatkan seorang pelajar tingkatan satu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.
Siasatan awal turut mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu yang tertekan pedal minyak sehingga kenderaan terbabas.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L