Pas galakkan ahli sertai himpunan solidariti untuk Najib - Takiyuddin

Hamzah Undur Ketua Pembangkang Demi Perkukuh PN – Takiyuddin

KOTA BHARU – Tindakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang disifatkan sebagai langkah strategik bagi memastikan keharmonian serta kestabilan dalam Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hamzah menerusi surat peletakan jawatan yang dikemukakan kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar semalam.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan pertimbangan untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif, sekali gus memperkukuh kerjasama dalam kalangan parti pembangkang utama negara.

“Kelmarin kita terima surat. Pengerusi PN menerima surat daripada Hamzah yang telah mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang dengan alasan ingin melihat suasana yang lebih baik.

“Dalam surat itu juga, beliau berharap tindakannya itu dapat memudahkan proses dalam PN, di samping memastikan kelancaran pentadbiran dan keharmonian dalam gabungan pembangkang utama negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini, semalam.

Dalam pada itu Takiyuddin berkata, PN akan menghantar surat pemakluman mengenai kekosongan jawatan ketua pembangkang kepada Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

“Saya akan tulis surat kepada Speaker menyatakan kerusi Ketua Pembangkang itu kosong.

“Ia akan diisi apabila kita (PN) ada calon yang akan dikemukakan nanti,” katanya.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, pada Sabtu Pengerusi PN menerima surat daripada Hamzah memaklumkan peletakan jawatan Ketua Pembangkang.

Katanya, Pas sudah mempunyai calon yang sesuai untuk menggantikan Hamzah.

“Perkara itu dalam peringkat perbincangan dan belum diputuskan lagi,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *