Trump Umum Gencatan Senjata Dua Minggu Dengan Iran

Olahan Siti Khadijah Manudin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan penangguhan tindakan ketenteraan terhadap Iran selama dua minggu susulan perbincangan dengan kepimpinan Pakistan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Ketua Tentera, Field Marshal Asim Munir, dengan syarat Iran membuka semula Selat Hormuz secara penuh, segera dan selamat.

Trump menjelaskan bahawa langkah tersebut merupakan gencatan senjata dua hala dan tempoh itu akan digunakan bagi memuktamadkan perjanjian menyeluruh antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, kebanyakan isu utama antara Amerika Syarikat dan Iran telah mencapai persetujuan awal, dan tempoh dua minggu itu penting untuk menyelesaikan baki rundingan.

Sebelum ini, Trump menetapkan tarikh akhir kepada Iran untuk membuka semula laluan Selat Hormuz bagi memastikan bekalan minyak dan gas kembali lancar.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan turut menyatakan Israel bersetuju menyertai gencatan senjata tersebut dan menghentikan serangan buat sementara waktu ketika rundingan diteruskan. – BERNAMA-ANADOLU

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *