Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat

Selangor rangka langkah tangani krisis tenaga, mesyuarat khas diadakan Jumaat ini

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor dijadual mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi merangka pendekatan menyeluruh dalam menangani kesan krisis tenaga global terhadap rakyat dan ekonomi negeri.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perbincangan itu akan memberi keutamaan kepada perlindungan golongan rentan selain memastikan sektor industri terus menerima sokongan yang diperlukan dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan diadakan susulan pertemuan khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang bertujuan memperhalusi pelan tindakan di peringkat Persekutuan.

“Kerajaan negeri akan membuat persediaan rapi berasaskan data dan perkembangan semasa supaya setiap langkah yang diambil benar-benar berkesan kepada rakyat serta industri,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Tambahnya, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyelaras tindakan susulan, selain mengadakan mesyuarat berkala untuk memantau pelaksanaan inisiatif yang dirancang.

Terdahulu, Amirudin memaklumkan beliau telah mempengerusikan satu sesi perbincangan khas melibatkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersama pakar dalam bidang ekonomi, geopolitik dan tenaga bagi menilai impak krisis Asia Barat terhadap negeri itu.

Menurutnya, sesi tersebut turut disertai wakil beberapa anak syarikat kerajaan negeri yang berkait rapat dengan sektor terlibat, sekali gus membantu kerajaan negeri mendapatkan gambaran awal serta unjuran kesan semasa.

“Sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara, sebarang gangguan kepada Selangor akan memberi kesan langsung kepada prestasi ekonomi Malaysia secara keseluruhan,” jelasnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau menambah, pengalaman negeri berdepan krisis terdahulu seperti pandemik COVID-19, bencana banjir besar 2021 serta insiden letupan paip gas di Putra Heights telah membentuk keupayaan Selangor dalam mengurus cabaran berskala besar secara tersusun dan berkesan.

Langkah yang dirancang ini, katanya, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri untuk memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *