Olahan Siti Khadijah Manudin
KLANG — Seorang lelaki yang dikaitkan dengan kemalangan maut di Jalan Raya Barat kini berdepan pertuduhan di mahkamah selepas dipercayai memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol dan dadah.
Suspek yang berusia lingkungan 20-an tiba di Mahkamah Klang kira-kira jam 8.50 pagi dengan diiringi pihak polis.
Sebelum ini, lelaki tersebut direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang penunggang motosikal berusia 30-an maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu suspek di Jalan Raya Barat.
Mangsa tercampak ke arah kenderaan lain dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu suspek bergerak laju secara berbahaya sebelum memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan, lalu merempuh motosikal mangsa.
Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Amirul Hafiz Omar, 33 tahun.
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial turut menunjukkan sebuah kereta dipandu laju sebelum melanggar motosikal, mengakibatkan kemalangan maut tersebut
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L