Iran lancar serangan terhadap Israel selepas Netanyahu dakwa capai kemenangan

BAITULMAQDIS – Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu ke arah Israel lewat malam tadi, selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan republik Islam itu lumpuh akibat perang.

Serangan Iran itu mencetuskan letupan kuat di ruang udara Baitulmaqdis.

Tentera Israel memaklumkan, pihaknya mengesan tiga gelombang tembakan peluru berpandu dalam tempoh satu jam setengah, menjelang tengah malam (2200 GMT).

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang perkembangan daripada perkhidmatan kecemasan Magen David Adom mengenai kematian atau kerosakan susulan serangan terbabit.

Wartawan AFP memberitahu mendengar beberapa letupan kuat di Baitulmaqdis susulan serangan Iran, ketika siren amaran serangan udara dibunyikan di seluruh bandar itu.

Dalam sidang media pada petang Khamis, Benjamin Netanyahu berkata, Israel dan Amerika Syarikat sedang ‘memenangi’ perang yang bermula apabila kedua-dua sekutu itu melancarkan serangan ke atas Iran.

“Kami sedang mengambil tindakan untuk memusnahkan industri yang membolehkan pembinaan peluru berpandu. Iran tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memperkaya uranium dan menghasilkan peluru berpandu balistik.

“Kami sedang menang dan Iran sedang dihancurkan,” kata pemimpin Israel itu. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *