Leform meterai pelaburan strategik dengan Nippon Steel Trading

KUALA LUMPUR – Leform Berhad (Leform) mengumumkan memeterai Perjanjian Langganan Saham (SSA) dengan NST Trading Malaysia Sdn. Bhd. (NSTM) anak syarikat milik penuh Nippon Steel Trading Corporation bernilai RM25 juta melalui penempatan persendirian.

Di bawah SSA itu, NSTM akan melanggan 148,101,300 saham biasa baharu dalam Leform menurut Penempatan Persendirian Kumpulan sehingga 10 peratus daripada modal saham terbitan sedia ada.

Harga langganan RM0.1688 sesaham ditentukan berdasarkan diskaun kepada harga pasaran purata berwajaran volum lima hari sebelum tarikh penetapan harga, selaras dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pelaburan strategik ini menandakan satu peristiwa penting bagi Leform, pakar produk paip keluli dan keluli rata tempatan kerana ia mengukuhkan kerjasamanya dengan kumpulan perdagangan keluli yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, berpotensi membuka jalan untuk kerjasama yang lebih mendalam merentasi integrasi rantaian bekalan, pengedaran produk dan pembangunan pasaran serantau.

Pengarah Urusan Leform Law Kok Thye berkata, pembabitan NSTM, sebahagian daripada Nippon Steel Trading Corporation, mewakili keyakinan yang kuat terhadap asas perniagaan Leform dan prospek pertumbuhan jangka panjang.

“Pelaburan strategik ini bukan sahaja mengukuhkan asas modal kami tetapi juga mewujudkan sinergi berpotensi yang boleh meningkatkan daya tahan rantaian bekalan dan jangkauan pasaran kami,” katanya.

NSTM terlibat terutamanya dalam pengedaran logam keluli dan bukan ferus dan beroperasi sebagai anak syarikat milik penuh Nippon Steel Trading Corporation, sebuah syarikat perdagangan global yang beribu pejabat di Tokyo dengan operasi pelbagai merangkumi keluli, bekalan dan infrastruktur perindustrian, bahan makanan dan tekstil.

Kok Thye berkata hasil daripada Penempatan Persendirian akan digunakan terutamanya untuk pembelian bahan mentah, membolehkan Kumpulan menyimpan produk sebelum pesanan, meningkatkan kecekapan penghantaran dan memperoleh bahan keluli sebelum kenaikan harga yang dijangkakan untuk meningkatkan margin keuntungan kasar.

“Leform percaya kerjasama ini akan melengkapi operasi sedia ada dan mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem rantaian bekalan keluli Malaysia,” tambahnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *