CUCKOO Malaysia, Samsung tawar pelan sewaan produk kediaman pintar

KUALA LUMPUR – CUCKOO International (MAL) Bhd. memperluas kerjasama strategiknya dengan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. menerusi barisan produk Kediaman Sihat Pintar baharu serta pelan sewaan, susulan kejayaan program ‘CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung’ tahun lalu.

Fasa terbaharu itu memperkenalkan tiga unit simpanan stok (SKU) premium iaitu Mesin Basuh Pengering Pintar, TV Pintar dan Tablet Pintar, sekali gus menandakan kali pertama teknologi berkenaan ditawarkan melalui model sewaan CUCKOO Malaysia.

Inisiatif itu membolehkan pengguna mengakses inovasi berkuasa AI menerusi ekosistem Samsung SmartThings tanpa kos pendahuluan tinggi, beralih daripada fasa rintis terdahulu yang hanya menawarkan pembelian terus.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, pengenalan model sewaan berkenaan memperkukuh pendekatan berteraskan pelanggan, selain menggabungkan kepimpinan teknologi Samsung dengan ekosistem kesejahteraan holistik CUCKOO Malaysia bagi memudahkan lebih ramai rakyat menikmati gaya hidup lebih pintar dan sihat.

“Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kami dibina berasaskan semangat mencipta nilai lebih tinggi melalui sinergi. Tahun ini, kami melangkah lebih jauh dengan memperkukuh CUCKOO Co-Created Programme with Samsung di bawah segmen ini agar lebih berteraskan pelanggan dengan memperkenalkan model sewaan yang dinanti-nantikan ramai.

“Penawaran ini bukan sahaja menekankan inovasi baharu, ia juga memastikan setiap isi rumah dapat menikmati gaya hidup lebih pintar dan lebih sihat.

“Dengan menggabungkan kepimpinan teknologi Samsung bersama model sewaan kami yang telah terbukti, serta pengintegrasian ekosistem kesejahteraan CUCKOO Malaysia yang holistik, kami memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier,” katanya.

Antara produk diperkenalkan ialah Kombo Mesin Basuh Pengering AI Samsung (12/7kg) pada RM150 sebulan selama 36 bulan, dilengkapi teknologi AI Wash yang mengoptimumkan penggunaan air dan detergen mengikut berat cucian, fabrik serta tahap kekotoran.

Ciri AI EcoBubble menawarkan penjagaan fabrik 45.5 peratus lebih baik dan menanggalkan 24 peratus lebih kotoran walaupun menggunakan air sejuk, manakala fungsi Air Wash dan Hygiene Steam memastikan kebersihan lebih menyeluruh. Produk itu disertakan pemasangan, servis berkala setiap enam bulan serta jaminan tiga tahun termasuk dua tahun tambahan CUCKOO.

Turut diperkenalkan QLED QEF1 4K Samsung Vision AI Smart TV 65 inci pada RM148 sebulan selama 36 bulan yang berfungsi sebagai hab hiburan dan portal kecergasan rumah, dengan paparan bebas kadmium serta integrasi SmartThings untuk pemantauan kediaman. Ia didatangkan dengan jaminan tiga tahun termasuk satu tahun tambahan CUCKOO.

Kerjasama ini juga memperkenalkan Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (256GB) ditawarkan pada RM160 sebulan selama 24 bulan, menampilkan paparan 13.1 inci, perlindungan IP68, pemproses Exynos 1580, RAM 12GB serta ciri Galaxy AI, Gemini dan Circle to Search.

Tablet ini direka untuk menyokong produktiviti dan gaya hidup aktif masa kini, dilengkapi bateri 10,090mAh dan jaminan tiga tahun termasuk satu tahun tambahan CUCKOO.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada segmen perniagaan CUCKOO Co-Created yang turut merangkumi kerjasama dengan LSK, OGAWA Malaysia dan Fujiaire.

Bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, CUCKOO Malaysia merekodkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 171 peratus suku ke suku kepada RM36.5 juta, didorong margin lebih tinggi dan pengurusan kredit lebih berkesan.

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, syarikat mencatat hasil RM1.1 bilion dan keuntungan selepas cukai (PAT) RM105.2 juta.

Segmen CUCKOO Co-Created menyumbang RM221.1 juta atau 20.1 peratus daripada jumlah hasil tahun kewangan 2025, berbanding 20.2 peratus pada tahun kewangan 2024, sekali gus membuktikan kekuatan model perniagaan berteraskan sewaan dalam menjana pendapatan stabil dan memenuhi permintaan penyelesaian kesejahteraan kediaman mampu milik.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *