Selepas 17 tahun menduda, Mamat Exists mula fikir cari teman hidup

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Exists, Mamat mendedahkan bersedia untuk membuka pintu hati bagi mencari teman hidup selepas 17 tahun bergelar bapa tunggal.

Mamat atau nama sebenar, Mohd Ali Kamarudin, 48, berkata meskipun sudah lama hidup membujang, dia mengakui sebelum ini lebih fokus kepada pengurusan diri sendiri sebelum memikirkan soal menjaga orang lain.

“Sebenarnya kalau ikutkan soal jodoh ni, dahulu pernah ada. Tetapi, iyalah, hendak jaga diri sendiri pun susah, macam mana nak jaga anak orang?

“Sekarang ini baru nak sedar, ibarat mengantuk baru nak tadah. Tak nak cerita lebih-lebih, malulah,” katanya kepada Harian Metro.

Mamat menegaskan bahawa restu anak-anak adalah keutamaan paling besar sekiranya dia bertemu calon yang sesuai.

“Sudah lama sebenarnya. Saya bercerai ketika anak, Aleeya Mysara berumur tujuh tahun dan sekarang dia sudah pun berusia 24 tahun. Sudah 17 tahun menduda.

“Kalau buka hati pun, kena tanya anak-anak juga. Takut nanti anak-anak pula tak selesa, susah juga kan? Tapi kalau mereka sayang bapa mereka, tak ada masalah, jalan terus,” katanya.

Dalam nada bergurau, Mamat sempat menitipkan pesanan terbuka buat anak-anaknya sebagai tanda dia kini benar-benar serius untuk menamatkan zaman dudanya.

“Baiklah, untuk pengumuman kepada Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniel dan Dylea Mysara, bapa nak cari jodoh,” katanya.

Mamat sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001, namun, jodoh mereka tidak panjang dan disahkan bercerai pada 2009.

Terbaharu, Mamat bakal terbabit dalam Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang akan berlangsung di Saloma Kuala Lumpur, di sini, pada 14 Mac 2026.

Selain Mamat, konsert itu turut membariskan barisan artis legenda tanah air iaitu Shima, To’ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Kopratasa, Zack Budak Kacamata dan The Reyhan. – Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *