TANGKAK – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan pemeriksaan di lorong kecemasan di Kilometer 107.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.07 petang.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal berkenaan gagal mengelak lalu terlanggar seorang pegawai polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak yang ketika itu sedang menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di lorong kecemasan.
“Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa iaitu pegawai polis dan penunggang motosikal mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 38 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki DL650XA, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Tambahnya, kemalangan tersebut hanya melibatkan motosikal mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zamil Azwa Amir Azwa di talian 019-3058346 bagi membantu siasatan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L