Ashwad Ismail Sah Ketua Pengarah Penyiaran RTM Baharu

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baharu Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Turut diumumkan, pelantikan Dr. Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu bagi memperkukuh barisan pengurusan RTM.

Fahmi menerusi hantaran di Instagram menzahirkan ucapan tahniah dan berharap kepimpinan baharu itu dapat menggalas amanah dengan cemerlang.

“Saya percaya dan menaruh harapan tinggi agar kepimpinan baharu ini mampu memacu transformasi dunia penyiaran, termasuk mendepani cabaran digital dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau turut berharap kepimpinan tersebut dapat terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta memastikan penyampaian maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, Ashwad merupakan Ketua Pengarang di Astro Awani dan telah berkhidmat hampir dua dekad bersama saluran berita berkenaan. Pengundurannya sebelum ini mencetuskan perhatian ramai.

Pelantikan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai pengganti kepada Suhaimi Sulaiman yang sebelum ini melepaskan jawatan Ketua Pengarah Penyiaran secara sukarela.

Suhaimi juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 serta Pengerusi Bernama pada 2020.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *