Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Sabah yang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas di Sabah kekal 5,017 orang setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu melibatkan mangsa dari 86 kampung yang terjejas akibat banjir.

“Jumlah mangsa banjir di Pitas, Paitan dan Tawau tidak berubah sejak malam tadi, iaitu masing-masing sebanyak 2,701 orang, 2,071 orang dan 245 orang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *