Penyasaran subsidi diesel tepat tetapi perlu dilaksana cermat – Ahmad Samsuri

Dr Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu disahkan melalui kenyataan bersama oleh empat presiden parti komponen gabungan berkenaan selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN di ibu pejabat PAS, di sini, petang tadi.

Mereka ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan sebulat suara melantik Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu sebagai Pengerusi baharu PN.

“Adalah dimaklumkan mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Perkara-perkara lain akan dibawa untuk dibincang serta diputuskan dalam mesyuarat MT PN yang akan datang,” menurut kenyataan itu yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selain empat presiden parti komponen, turut tersenarai hadir mesyuarat hari ini ialah Ketua Wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden; serta Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Barisan Ahli MT PN yang hadir ialah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Oh Tong Keong, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Idris Ahmad, Wong Chia Zhen, S Subramaniam serta K Sivakumar.

Pada 30 Disember 2025, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu, selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *