Piala Cincinnati Gaynor 2026: Rachel Tumpas Kepada Georgina Pada Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Hasrat pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold untuk mara ke separuh akhir kejohanan Piala Cincinnati Gaynor 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan utama dari England, Georgina Kennedy, hari ini (Jumaat, waktu Amerika Syarikat).

Perlawanan di Cincinnati Country Club itu menyaksikan pemain negara, yang menduduki ranking ke-24 dunia, terpaksa akur dengan kekalahan straight-set 5-11, 4-11, 4-11 dalam tempoh 24 minit.

Ini kekalahan ketiga berturut-turut Rachel kepada Georgina selepas kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Terbuka Silicon Valley pada Oktober lepas.

Keputusan itu menyaksikan tiada wakil Malaysia berentap di peringkat separuh akhir, dan Rachel menjadi satu-satunya pemain negara yang berjaya melangkah ke suku akhir. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *