Projek Tambahan Di Sekolah Sukan Malaysia Pahang Pastikan Pembelajaran Lebih Kondusif – Fadhlina

KUANTAN – Projek pembinaan bangunan dan kemudahan tambahan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran serta latihan sukan yang lebih kondusif untuk atlet, guru dan seluruh warga sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam hantaran di Facebook hari ini berkata projek yang merangkumi pembinaan asrama, astaka berbumbung, dewan serba guna terbuka, kuarters, padang hoki sintetik, padang latihan dan pelbagai kemudahan lain itu bertujuan menampung keperluan di SSMP.

“SSMP perlu terus hebat, melahirkan lebih ramai jaguh sukan yang membanggakan negara di persada antarabangsa pada masa hadapan.

“SSMP hebat dalam sukan ragbi. Saya mengikuti rapat perkembangan pasukan ‘Falcons’ yang berjaya mengungguli kejohanan berprestij peringkat kebangsaan, Super Schools Rugby 2025 dan yang terkini, muncul juara Kejohanan Ragbi Asia Tujuh Sebelah Bawah 19 Tahun 2026,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau juga berharap SSMP terus cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan sukan negara. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *