PN Desak Penubuhan RCI Siasat Perjanjian RM1.1 Bilion libatkan bekas menteri kanan – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat satu perjanjian mega bernilai kira-kira RM1.1 bilion yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya memandang serius pendedahan berkaitan perjanjian tersebut yang didakwa melibatkan kerajaan pusat dan sebuah syarikat asing.

Menurut beliau, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendakwa seorang bekas menteri kanan dalam pentadbiran semasa mempunyai kaitan dengan isu berkenaan.

Beliau menegaskan, nilai kewangan yang besar serta implikasinya terhadap integriti pentadbiran negara menuntut siasatan yang telus dan bebas daripada sebarang campur tangan politik.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kerajaan wajar menubuhkan satu jawatankuasa khas bertaraf RCI yang dipengerusikan oleh bekas hakim mahkamah atasan bagi memastikan proses siasatan berjalan secara bebas, telus dan berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, tindakan tegas itu penting bagi membuktikan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa sehingga ke peringkat tertinggi.

PN turut menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh sekadar bersandarkan prosedur atau kenyataan umum tanpa langkah konkrit, memandangkan rakyat berhak mengetahui kebenaran di sebalik perjanjian bernilai RM1.1 bilion tersebut.

Menurut beliau lagi, kegagalan bertindak secara terbuka dan tegas hanya akan menimbulkan persepsi negatif serta menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sehubungan itu, PN memaklumkan akan terus memantau perkembangan siasatan yang dijalankan oleh SPRM bagi memastikan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan int egriti sentiasa dipelihara.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *