TOKYO: Mayat dipercayai tiga orang yang menaiki helikopter persiaran yang terhempas di kawah gunung berapi di Gunung Aso di Wilayah Kumamoto, Jepun pada Januari lalu, sudah ditemukan, kata jabatan bomba tempatan semalam, lapor Kyodo News.
Pihak berkuasa akan cuba mengeluarkan mayat-mayat berkenaan, katanya.
Helikopter itu berlepas dari Cuddly Dominion, sebuah zoo dan taman tema di bandar Aso yang menawarkan pengalaman menaiki helikopter, pada pagi 20 Januari.
Ketika kejadian, ia membawa dua penumpang – seorang lelaki dan seorang wanita dari Taiwan – dan seorang juruterbang Jepun berusia 64 tahun.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L