Muhyiddin Tidak Dijemput Hadiri Mesyuarat PN?

SHAH ALAM – Tindakan tidak menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin ke satu mesyuarat Perikatan Nasional (PN) menimbulkan persoalan serius mengenai pematuhan perlembagaan gabungan itu, menurut sumber dalaman PN.

Sumber tersebut menegaskan, berdasarkan Perlembagaan PN, peletakan jawatan Pengerusi hanya berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi (MT).

“Selagi kelulusan itu belum dibuat, jawatan Pengerusi PN secara sah masih disandang oleh Muhyiddin.

“Perlembagaan juga jelas menyebut peletakan jawatan hanya berkuat kuasa selepas MT meluluskannya dan memilih pengerusi baharu. Maka dari segi perundangan parti, Pengerusi PN masih wujud dan orangnya ialah Tan Sri Muhyiddin,” kata sumber berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut sumber itu, alasan Muhyiddin tidak dijemput kerana telah meletakkan jawatan tidak boleh diterima, kerana peletakan tersebut belum berkuat kuasa.

Malah, sebarang cubaan menggunakan peruntukan berkaitan pemangku pengerusi juga dipersoalkan.

Perlembagaan PN memperuntukkan pemangku pengerusi hanya boleh dilantik semasa ketiadaan Pengerusi dan itu pun memerlukan persetujuan Majlis Tertinggi.

Namun, sumber dalaman itu menegaskan, “ketiadaan” tidak boleh ditafsirkan sebagai sengaja tidak menjemput pengerusi menghadiri mesyuarat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Ketiadaan bermaksud pengerusi benar-benar tidak dapat menjalankan tugas kerana faktor tertentu seperti keuzuran, berada di luar kawasan atau halangan rasmi lain, bukannya kerana tidak dipanggil,” katanya.

Sumber itu turut menyifatkan, tafsiran Muhyiddin tidak perlu dijemput kerana bukan lagi Pengerusi PN sebagai songsang, tidak beradab dan bercanggah dengan konvensyen politik.

Menurutnya, walaupun andaian Muhyiddin tidak lagi menjadi Pengerusi diterima, kedudukan beliau sebagai Presiden BERSATU secara konvensyen meletakkannya sebagai Timbalan Pengerusi PN.

“Dalam apa juga keadaan, sukar untuk menjustifikasikan mengapa beliau diketepikan daripada mesyuarat penting gabungan,” kata sumber tersebut.

Sehubungan itu, sumber dalaman PN mempersoalkan tujuan dan motif sebenar tindakan tersebut sekiranya benar berlaku, kerana ia dilihat bukan sahaja mencabar peruntukan perlembagaan gabungan, malah berpotensi mencetuskan krisis keyakinan dan perpecahan dalaman PN.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *