Negeri Sembilan sedia kemuka semula usul hadkan tempoh jawatan MB

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bersedia mengemukakan semula usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal selaras Rang Undang-Undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri yang bakal dibentangkan di Parlimen.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi Perkara 38 berkaitan langkah mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal pernah diusulkan, namun tidak diluluskan kerana gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal Disember 2021.

“Kita boleh bawa RUU itu semula ke sidang DUN akan datang… saya tiada masalah… sebelum ini ditolak kerana tidak cukup undi disebabkan tidak mendapat sokongan ADUN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mengenai pembentangan RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri itu ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, awal bulan ini. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *