Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes

SHAH ALAM – Dua maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, sebuah kereta jenis Mercedes dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuh tiga orang awam yang berada di lorong kanan lebuh raya itu.

“Kemalangan berpunca daripada satu insiden awal antara sebuah kereta Honda HRV yang dinaiki dua rakan iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 50 tahun telah melanggar belakang Proton Suprima yang dipandu oleh seorang wanita berusia 20-an di lorong paling kanan,” katanya dipetik Sinar Harian dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, ketiga-tiga individu itu telah keluar dari kenderaan dan berada di lorong tersebut.

“Tiba-tiba datang sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki tidak sempat mengelak lalu merempuh Proton Suprima serta tiga orang tersebut.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda HRV maut di tempat kejadian, manakala pemandu Proton Suprima serta lelaki yang memandu Mercedes mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata, punca kematian dikenal pasti ‘head and body injury due to motor vehicle accident’.

“Sampel darah dan air kencing lelaki yang memandu kereta Mercedes telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video telah dimuat naik di beberapa platform media sosial memaparkan kemalangan maut itu

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *