KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini sekitar jam 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
“Ya, beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Menurut Sufi, sejurus kejadian ituTun Dr Mahathir segera dibawa ke IJN dengan menaiki ambulans dari kediamannya.
Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Tun Dr Mahathir memaklumkan satu kenyataan rasmi mengenai keadaan kesihatan beliau akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, Tun Dr. Mahathir yang kini berusia 100 tahun pernah dimasukkan ke IJN akibat keletihan.
Bagaimanapun, beliau dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas menerima rawatan sejak jam 10 pagi.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
