30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin

KUANTAN – Seramai 30 penumpang selamat selepas bas ekspres dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 159 Jalan Kuantan-Johor Bahru, di atas Jambatan Endau, Rompin, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superitendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku pada jam 11.20 malam ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Johor Bahru, manakala bas dari Johor Bahru ke Kuantan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori treler yang bergerak lurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata, kedua-dua pemandu serta kesemua 30 penumpang bas yang berusia antara tujuh hingga 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua penumpang bas dihantar pulang kira-kira satu jam selepas kejadian menggunakan bas lain,” katanya

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *