Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang di Masjid Tanah

ALOR GAJAH – Kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah di sini hari ini, ditemukan lemas malam ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mayat mangsa ditemukan pada 8.35 malam selepas pencarian selama dua jam setengah.

“Mangsa berumur 11 tahun dan mayatnya ditemukan tersangkut pada sebatang pokok kira-kira 600 meter dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya.

Beliau berkata Pasukan Penyelamat di Air melaksanakan ‘rapid deployment approach’ dan pencarian di permukaan air berikutan paras air yang tinggi dan deras.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Zulkhairani berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 5.47 petang sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *